Junaid Al-Baghdadi

Juli 5, 2008 at 6:28 am 17 komentar

Junaid Al-Baghdadi (maqamnya gambar di sebelah)adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi.
Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad.

Waktu perniagaannya sering disingkatkan seketika kerana lebih mengutamakan pengajian anak-anak muridnya yang dahagakan ilmu pengetahuan. Apa yang mengkagumkan ialah Imam Junaid akan menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. Kemudian beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. Ramai penduduk Baghdad datang masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga penuh sesak.

Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga.

Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah.
Bertasauf Ikut Sunnah Rasulullah saw

Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya.

Beliau pernah berkata:

“Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini.”

Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah
Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. Antaranya ialah berpengaruh kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid, bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa malah semua golongan meminatinya.

Masjid-masjid sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah, ahli kalam, ahli fekah, ahli politik dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut.

Diuji Dengan Seorang Wanita Cantik

Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalunya menerima ujian dan cabaran. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan imej Imam Junaid.

Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.

Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk.

Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh sesiapa. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati.

Khalifah yang mendapat tahu kematian wanita itu telah memarahi Imam Junaid kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan jenayah.

Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. “Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?” tanya khalifah.

“Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid.

Wafatnya

Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli, seorang daripada muridnya.

Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata.”

sumber : http://tamanulama.blogspot.com

Entry filed under: Ulama Besar.

Syeikh Muhammad Bahauddin An-Naqsabandi dan Keramatnya Ciri-Ciri Orang Mukmin

17 Komentar Add your own

  • 1. ….i L h a M…. » Blog Archive » tipu daya….  |  September 7, 2008 pukul 10:02 pm

    […] Junaid Al-Baghdadi […]

    Balas
  • 2. hudaya  |  November 15, 2008 pukul 9:18 am

    Terima kasih atas artikelnya..

    Syeikh Junaid al-Baghdadi merupakan salah satu Guru Muryid Silsilah Toriqoh Qodriyah wan Naqsabandiyah

    Balas
  • 3. ALI AL. KHALWATIYAH  |  Februari 3, 2009 pukul 1:34 pm

    SEIYKH JUNAID AL BUQDADI ADALAH MAHA GURU TAREQAT AT`TAJ AL.KHALWATIYAH, NO. SILSILAH KE 10, DAN KAMI ADALAH SALAH SEORANG MURID DARI MAHA GURU NO. SILSILAH YG KE 49 SEKARANG IN, YAITU THAREQAT AT`TAJ AL KHALWATIYAH SEIYKH YUSUF GOWA, SUL SEL.I

    Balas
    • 4. Tajuddin Dg Ngemba  |  Maret 31, 2011 pukul 4:49 am

      Ass,alaikum saudaraku di manapun berada kami mohon maaf karena kami baru belajar menggeluti dunia maya inidan kami sangat berharap kiranya kita dapat menyampaikan alamat kita kepada kami dan mungkin kita sering bertemu di rumahnya puang namun kita tidak saling mengenal karena banyaknya saudara-saudara kita di sana, terima kasih, wassalam, Tajuddin Dg Ngemba di Barombong Makassar Sul-Sel

      Balas
  • 5. ongen  |  September 29, 2009 pukul 4:51 am

    syekh junaidi al baghdadi,,adlh guru sufi yang mempunyai kesabaran yg tinggi…

    Balas
  • 6. M.IHSAN AL-JUNADIYYAH KALIMANTAN  |  April 12, 2010 pukul 2:50 pm

    Marilah bergabung dlm Kegiatan kumunitas tariqat mu’tabarah junaidi albaghdadi kalimantan di blog dan grup facebook ( junaidialbaghdadi3@mail.com ) kami ingin bertemu dgn ihwan dan ikhwat dlm mahabbah bersama kepada imam junaidi al-baghdadi…trims.

    Balas
  • 7. SHOLAH  |  Oktober 5, 2010 pukul 12:48 pm

    ALANG KAH BAIK NYA BILA DISEBUTKAN REFERENSI PENGAMBILAN

    Balas
  • 8. M.Syam  |  November 14, 2010 pukul 2:23 pm

    Ass ya Saudaraku Para Salikin.
    Silahkan kalian menghubungi Pesantren Akmaliah Salafiah didaerah Kelapa Dua Wetan-Cibubur-Jakarta Timur,disana kalian akan berjumpa dengan seorang Syech Mursyid Waroshatul Ambiya bernama CM Hizboel Wathony,insya Allah kalian akan mendapatkan ajaran Syechuna Akbar Aljunaidi AlBaghdadi RA,dengan Kitab “Sarah Hikam Ibnu Athoillah” dan “Addurunnafis”,kami tunnggu. Wassalam.M.Syam

    Balas
  • 9. musafir Allah  |  Januari 9, 2011 pukul 5:18 am

    BismillahiRahmaniRahim….semoga Allah mlindungi ucapanku dr suatu yg sia2.Dan aku blindung kpd Allah swt dr segala sesuatu yg bisa merosakkan hubungan cintaku thadap kekasihku Allah Azawalla.sungguh sy ni bkn ilmuan yg bijak pandai seperti seikh junaid Al-baghdadi mahupun Abu yazid bistami atau makhluk lainnya hampir kpd Rabb ku…jgnlah kamu hai sekalian makhluk kagum akan mereka itu.kecuali ambil berkat dan syafaat yg perlu.tiadalah mulianya akan mereka itu tanpa kehendak Allah Azawajalla.mereka itu adalah kosong dr apa2 sekalipun dr karamah.semua itu milik Allah swt.mengapa kamu tdk kagum kpd Allah swt yg Maha Hebat?alihkanlah perhatian kamu drpd makhluk kpd Allah swt yg Maha Rahman.sesuai dgn keadaan kamu tmasuk diriku jua.sungguh tiadalah makhluk itu dpt mcapai Allah swt selagi ada makhluk dlm diri.jdlah org2 yg awas.perkataan Maha hnya layak utk Allah swt.

    Balas
  • 10. Noviar Modjo  |  Januari 27, 2011 pukul 2:32 pm

    Terima kasih atas artikelnya..
    Tolong kirim ke email saya…., sy sedang mengumpulkan riwayat/sejarah para tokoh” sufi…
    Terimakasih, Wassalam…..

    Balas
  • 11. brur  |  Mei 29, 2011 pukul 10:25 am

    hai.. Sohib saya ikutan nyimak ni.. N skalin sya ijin ngopi.. Ya..

    Balas
  • 12. jabrik  |  Oktober 12, 2011 pukul 8:39 am

    untuk pak musafir, apa anda kenal dengan Allah?? kalo anda mengenal Allah melalui siapa anda mengenal-Nya?

    Balas
  • 13. Riko Putra Al Hanafi  |  Februari 18, 2012 pukul 7:54 am

    Syeikh Junaid adalah silsilah guru yang ke 13 dari tarekat Qodiriyah hanafiah yang sekarang sampai kepada silsilah yang ke 20
    silsilah yang ke 19 Syeikh Abdul Qadir Jailani kemudian turun kepada Syeikh Muhammad ali Hanafiah Ar rabbani di sumatera barat saat ini

    Balas
  • 14. Ciri-Ciri Orang Mukmin « ilhamnuralam  |  Maret 15, 2012 pukul 4:53 pm

    […] Junaid Al-Baghdadi […]

    Balas
  • 15. nurrahmatul amaliyah  |  Januari 1, 2013 pukul 9:38 am

    admin mw tanya..
    akhlak Islam menurut Al junaidy tuh ap yah..??
    serta faktor – faktor yang mempengaruhi akhlak Islami tersebut.. syukron,.

    Balas
  • 16. azam  |  Mei 31, 2016 pukul 9:10 pm

    Thoriqoh induknya (Junaidiyyah) skrg berpusat di kalimantan..

    Balas
    • 17. m.Syam  |  Juni 1, 2016 pukul 3:56 am

      Waliullah Akbar syech Aljunaidi Al bagdhadi RA.Sanadnya ada di pesantren/ Toreqoh Cholwatiah Akmaliah berpusat Di Ciracas/Kelapa dua Wetan Jakarta TimurDipimpin langsung oleh Syech Maulana chisboel Wathony Ibrahim.,silahkan koreksi.
      Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL, Nyambung Teruuusss…!

      Balas

Tinggalkan Balasan ke azam Batalkan balasan

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Juli 2008
S S R K J S M
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 653.197 hits

Top Clicks

  • Tidak ada

RSS Feed yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

RSS Feed yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

This website is worth
What is your website worth?
Add to Google

Syafii Photos