Asal dan Kedudukan Ilmu Tasawuf

Maret 30, 2007 at 9:09 am 13 komentar

Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh hal-ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.

Ilmu mereka terdiri dari

  • Hal,
  • Waktu,
  • Samaa',
  • Wujdan,
  • Sheikh,
  • Sakr,
  • Sohwu,
  • Isbat,
  • Mahwu,
  • Fakir,
  • Fana,
  • Wilayah,
  • Irodah,
  • Murid
  • dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan makam-makam.

Penerangan petikan di atas oleh penterjemah iaitu Abdullah bin Muhammad (Naqula)

dari dua ilmu

Louis Gardent dan G.Anawati dalam buku mereka “Falsafah Al-Fikr Al-Din” menganggap ayat ini sebagai mengandungi teka-teki yang sukar untuk deselesaikan. Mereka bertanya: Apakah gerangan maksud "dua ilmu" yang disebut oleh Imam Ghazali? Ia menyebut Ilmu Aqli tetapi tiada menyebut yang satu lagi. Meskipun demikian, berat kemungkinan bahawa ia maksudkan Ilmu Syari’i di mana Ilmu Tasauf merupakan satu cantuman di antara dua ilmu itu. Nampaknya bukan begini, asas pembahagian ‘duaan’ “Akal-Syarak” adalah menurut kadar “dunia-akhirat”.

Kita dapati di antara Ilmu-ilmu Aqliah ada pula ilmu-ilmu yang tujuannya ialah akhirat, seperti makrifat Qalbu-Qalbu dan makrifat Allah, sebagaimana ilmu-ilmu Syaria’ah ada pula Ilmu Fekah yang mengambil berat dalam urusan-urusan dunia (Falsafah Al-Fikr Al-Din penggal 1, muka 212).

Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat mengenainya dalam kitabnya “Al-Ahyaa’ ketika menerangkan tentang “hakikat fikiran dan buahnya”. Menurut keterangannya bahawa fikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.

Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,

  • suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan
  • berubahnya pula tindakan-tindakan anggota.
  • Jadinya dengan "fikiran" menerusi sistem duaan itu menelurkan "ILMU".
  • Ilmu ini menelurkan pula "HAL"
  • dan hal menelurkan "Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa’ penggal 4 muka 412-413].

Meskipun Ilmu ‘Aqli itu sendiri mengandungi dua ilmu yang tersusun dalam dirinya, ia adalah tetap tunggal dipandang dari segi Akal; iaitu hasil daripada akal semata-mata.

Di atas Imam Ghazali berkata bahawa daripada Ilmu ‘Aqli lahir ilmu yang tersusun iaitu ilmu ahli-ahli Tasauf. Bagaimanakah cara lahirnya ilmu yang tersusun dari Ilmu ‘Aqli itu ??

Caranya begini; andaikata menerusi akal seseorang mendapat ilmu yang tiada ragu-ragu lagi bahawa “sampai kepada Allah” adalah modal yang paling penting untuk hidup di dunia dan di akhirat. Ini adalah Ilmu ‘Aqli. Bila ilmu ini terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "hal Qalbu" yang menyebabkan ia melakukan "Tindakan" mencari "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal” atau "Ilmu Ibadat" sebagai jalan untuk sampai kepada Allah itu dan ahirnya ia mendapatinya. Sekarang nampaklah fungsi Ilmu ‘Aqli itu.

Kita bicarakan pula tentang hasil daripadanya "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" itu merupakan satu ilmu yang tunggal. Ia tidak menghasikan apa-apa kalau tidak diamalkan. Bila ia diamalkan, datanglah “WARID-WARID" iaitu makna-makna(Maani) yang datang dari Alam Malakut ke atas Qalbu. Bila satu warid terterap pada Qalbu, ia mengubahkan “Hal Qalbu”. Perubahan-perubahan pada hal Qalbu oleh Warid-warid ini melahirkan beberapa sifat Qalbu seseorang. Sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia menetap dinamakan "MAQAM".

Yang dinamakan hal itu ialah seperti

  • Al-Qabd dan Al-Basith,
  • Al-Jami' dan Al-Farq,
  • Al-Fana dan Al-Baqa,
  • Al-Shohu dan Al-Syakr,
  • Al-Mahw dan al-Isbat,
  • Al-Tamkin dan lain-lain lagi.

Yang dinamakan Maqam pula adalah seperti

  • Wara',
  • Zahid,
  • Fakir,
  • Sabar,
  • Syukur,
  • Redha,
  • Khauf,
  • Roja',
  • Tawakkal dan lain-lainnya.

Meskipun demikian, kadang-kadang “Hal” dianggap sebagai “Maqam” dan Maqam dianggap sebagai Hal bergantung kepada tempoh ia berada pada Qalbu [Lihat Al-Ahyaa’ penggal 4 muka 139]’ [‘Awaariful Ma’aaruf muka 469-473] dan [Iqadzul Himam muka 24].

Perubahan-perubahan pada “Hal Qalbu” tersebut melahirkan semacam “Tindakan” pada aggota-anggota dan lidah seseorang.

  • Kalau Warid yang datang atas Qalbu itu bersifat Qabd(Kecut)' lahir ke atas anggota seseorang iaitu diam.
  • Kalau Warid yang datang itu bersifat Basith(Lega), lahirlah ke ats anggota iaitu gerak cergas.
  • Kalau Warid yang datang bersifat Zahid dan Wara', lahirlah ke atas anggota-anggota iaitu menjauh dan mengundur diri dari kesenangan duniawi.
  • Kalau Warid yang datang ke atas Qalbu itu bersifat Mahabbah(Cinta) dan Syauki(Rindu), lahirlah kesan pada lidah iaitu kata-kata yang tiada tertahan yang ganjil dipandang dari segi syara'[Lihat Iqadzul Himam muka 24].

Warid-warid yang datang atas Qalbu itu adalah luas ertinya; bukan sahaja berupa “makna-makna” yang menimbulkan "HAL-HAL" dan "MAQAM-MAQAM" seperti yang telah diterangkan, juga ia merupakan "LINTASAN-LINTASAN{KHOWATIR}” iaitu “Perkataan-perkataan yang dihadapkan kepada Qalbu”. Lintasan-lintasan ini adalah lintasan-lintasan yang terpuji(Khowatir Mahmudah) yang datangnya dari Malaikat dan Allah yang dinamakan "ILHAM". Juga warid itu itu merupakan “Hakikat-hakikat dan Ilmu-ilmu yang datang dari sisi Allah” yang biasa dimasukkan dalam golongan Kasyaf dan Ilham.

Himpunan dari sifat-sifat Qalbu dinamakan “Hal-hal” dan “Maqam-maqam” dan ilmu-ilmu yang timbul dari ilham dan kashaf itu semuanya menjadi suatu Ilmu Yang Tunggal iaitu Ilmu hasil dari amalan. Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" sebagai ilmu yang ketiga atau sintesis; tetapi kali dilihat semula ke belakang, kepada asalnya, ia bersumber dari Ilmu ‘Aqli juga.

Inilah nampaknya maksud kata-kata Imam Ghazali tadi;

"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang dalamnya terdapat seluruh Hal Ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu".

Dalam keterangan seterusnya Imam Ghazali mengemukakan kandungan atau bahagian-bahagian yang membentuk ilmu Tasauf itu dengan menyebut beberapa contoh yang lebih banyak mengandungi hal-hal(Ahwal) kalau dibandingkan dengan Maqam-maqam(Maqaamat).

Hal makna-makna yang Warid atas Qalbu tanpa sengaja.
Waktu [Waktu] Waktu hal itu terjadi atas seseorang tanpa hubungan dengan waktu-waktu yang lepas dan akan datang.
Samaa' [Taat] Penumpuan Qalbu kepada apa yang terpuji mengikur Syara'
Wujdan Hal yang menghaibkan yang ditemui oleh Qalbu kerana syuhudnya
Syauq [Rindu] Kerinduan-kerinduan untuk berlakunya pertemuan-pertemuan dengan Allah
Sakr [Mabuk] Kehilangan kesedaran diri kerana datangnya Warid yang kuat
Shohr [Sihat] Sedar kembali selepas kehilangan kesedaran diri kerana datang Warid yang kuat itu
Isbaat Melepaskan hukum-hukum ibadat
Mahwu [Hapus] Membuang sifat-sifat(jiwa) yang teradat, ada orang mengatakan kehilangan 'Ilat(sebab) dan ada yang mengatakan apa yang dilindungi dan dinafikan
Fakir Keadaan tiada memandang sesuatu yang lain daripada Allah, tidak memerlukan apa-apa selain daripada Allah dan tidak senang hati kerana pengaruh sesuatu selain dari hudur bersama Allah
Fana Penglihatan seorang hamba kepada 'Ilat (Sebab) dengan mendirikan Allah pada 'Ilat itu
Wilayah Berdiri hamba dengan Allah ketika fana dari dirinya, hal ini terjadi dengan toleh Allah Taala kepadanya hingga ia sampai kepada matlamat Maqam Qarb(Kehampiran) dan Tamkin(Sampai kepada Allah)
Iradat [Kemahuan] Cinta yang menyala dalam Qalbu yang mendorongi untuk beramal
Sheikh Manusia yang sempurna dalam ilmu-ilmu syariat, thorikat dan hakikat
Murid Seorang yang menyingkirkan kemahuannya. Menurut Imam Ghazali; murid ialah yang berada pada tingakat ASma(Nama-nama Allah) dan masuk ke dalam golongan orang yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah dengan Isim

Sambungan Kitab Al-Risaalatulil-Duniyyah oleh Imam Ghazali

Kami akan bincangkan tentang ilmu yang tiga ini dalam buku yang khas InsyaAllah Taala. Tujuan kami sekarang hanya membilang-bilang nama ilmu-ilmu dan jenis-jenisnya sahaja dalam risalah ini dan sudahlah kami ringkaskan dan membilangnya secara ringkas dan sesiapa yang hendak mengetahui lebih jauh silalah lihat kitab-kitab yang mengenainya

Setelah selesai menyebut jenis-jenis ilmu, ketahuilah anda dengan sesungguhnya bahawa tiap-tiap ilmu ini memerlukan beberapa syarat supaya dia terukit pada jiwa-jiwanya para penentutnya. Oleh itu perlulah diketahui pula mengenai cara-cara mendapatkan ilmu-ilmu ini seperti yang akan dinyatakan seterusnyai[Cara dan Kaedah Mendapatkan Ilmu]

Ringkasan Fasal Di Atas

Setelah membincangkan jenis-jenis ilmu itu (dalam fasal bahagian-bahagian ilmu), Imam Ghazali menyebut pula tentang Ilmu Tasauf sebagai suatu ilmu yang tersendiri. Walau bagaimanapun is berasal dari Ilmu 'Aqli itu juga. Ilmu 'Aqli ini sebagai asasnya sahaja. Yang melahirkan Ilmu Tasauf itu secara langsung ialah ilmu tentang cara-cara beramal yang disertakan dengan amalan(ibadat). Ilmu tentang cara-cara beramal itu adalah suatu bahagian daripada Ilmu Syari'i. Jadi Ilmu Tasauf itu selain dari bersangkut dengan Ilmu 'Aqli ia juga bersangkut dengan Ilmu Syari'i. Gabungan dua bahagian ilmu inilah yang melahirkan Ilmu Tasauf. Dengan kata lain Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" Tetapi asal Ilmu Tasauf ini lebih jauh lagi perbincangannya yang melibatkan ilmu yang khas yang melahirkan hal-ehwal ilmu mereka yang tidak akan ditemui oleh mereka yang tidak mengikuti disiplin pengajiannya.

Iklan

Entry filed under: Tasawuf.

Mengubah Kebiasaan Hidup Syarat Belajar Ilmu Tasawuf

13 Komentar Add your own

  • 1. Bazid Othman  |  April 25, 2007 pukul 3:12 am

    Ingin mempelajari ilmu tasawuf terutamannya mengenal nur muhamad maka dapat lah mengenal allah, insyaallah dengan izin nya.

    Balas
  • 2. safia tajul alam  |  Mei 27, 2007 pukul 3:43 pm

    Dengan kalimah bismilahirahman nirahim…hampir tiap hari saya di internert ini mencari pengertian tasawuf serta ilmu ilmu hakikat yang sebenar-benarnya terlalu banyak manafaatnya buat insan, namun saya paling kecewa melihat banyaknya fitnah yang ditabur dalam internet mengenai tasawuf dan ilmu hakikat ini,banyaknya fahaman sonsang bertaburan di internet sedang maksud utama dalam ilmu ini ialah penyucian jiwa yang dengan sucinya kalbu itu maka mudahlah hati itu menjadi tempat tuhan menyuluhkan nurnya-kerana insan itu punya ikatan dengan rabnya..tanpa merasa kehadiran tuhan dalam hatinya manusia mudah sekali dirasuk hawa nafsunya..sekira ia dapat merasa adanya tuhan yang mentadbirkan alam semesta ini barulah ia insaf diri,sekiranya hati itu terlalu penuh dengan titik-titik hitam iaitu dosa-dosanya maka sukar nur tuhan untuk singgah disana,dan jadilah dia tungangan hawa nafsunya-dan hancurlah dia dalam kegilaannya mengejar dunia. saya harap untuk tatapan umum hal inilah yang patut dijadikan tema dalam mana-mana penulisan tasawuf . usah terlalu banyak berbicara tentang ilmunya yang mistik rahsia sirr kerana itu bukan buat tatapan umum.

    Balas
  • 3. ARI  |  Juni 15, 2007 pukul 11:47 am

    Assalamualaikum,

    Mintak maaf saya menyampuk dalam perbincangan yang saya tidak mempunyai apa-apa ilmu langsung. Saya walau bagaimanapun mempunyai satu kemusykilan:

    Seorang Ustaz yang mengamalkan Ilmu Tasawuf (dan dikatakan pernah mengajar Ilmu Tasawuf ini di Universiti Al-Azhar selama 20 tahun) mengatakan bahawa beliau melihat di dalam Al-Quran dan dapat melihat jodoh saya dengan suami masih panjang. Walhal, suami saya telah menfailkan perceraian dan saya mendapati ada ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan kami.

    Berdasarkan nasihat Ustaz tersebut, saya pohon untuk menangguhkan pendengan perceraian kami di Mahkamah Syariah (pada awal bulan Jun) kepada akhir bulan Julai 2007 – untuk memberi peluang suami saya sedar diri dari kesilapannya dan kembali kepada saya.

    Soalan saya – betulkah pengamal Ilmu Tasawuf dapat melihat panjang atau pendeknya jodoh seseorang (menggunakan nama orang itu berbinkan nama ibu) dengan melihat ke dalam Al-Quran?

    Terima kasih.

    Balas
  • 4. Syafii  |  Juni 17, 2007 pukul 1:07 am

    Assalamu Alaikum Wr.Wb.

    Maaf Saudari, Saya langsung menjelaskan pada inti permasalahan bahwa orang yang mengamalkan Ilmu Tasawuf yang benar” pengamalannya tidak akan membuka rahasia allah di depan semua orang, jadi jika saudari menemui orang yang mengaku-ngaku mengamalkan ilmu tersebut jangan di percaya karena dia telah disesatkan allah ke dalam golongan kaum musyrikin dan orang-orang bodoh yang mengumbar hawanafsunya, sedangkan orang-orang yang benar” mengamalkan ilmu tasawuf dia akan mencerminkan akhlak yang mulia dan selalu merendahkan diri serta menjaga hadapnya terhadap Allah SWT, sekian dulu jawaban dari kami mudah-mudahan Saudari mendapatkan petunjuk.

    wassalam

    Balas
  • 5. Hamba  |  November 26, 2007 pukul 5:09 am

    Assalamu Alaikum Wr.Wb.

    Saya sependapat dg sdr Syafii, mereka yang telah “MENGENAL” bersifat Tawadu, tdk akan membongkar rahasia Allah yg diketahuinya didpn khalayak ramai…hal ini bisa menimbulkan fitnah dan berbagai macam pendapat..
    Sabar dalam bermaksiat
    Sabar dalam berharta benda
    Sabar ketika mendapat bala dan musibah

    Balas
  • 6. hamba allah  |  Januari 16, 2008 pukul 10:56 am

    klo wirid banyak2 tapi niat nya bkn krna allah itu turs klo puasa2 pati geni.ngebleng.mutih mang di ajarin di alquan.klo ada ksih tau yah maaf sy ini anak bodoh yg ,ingi belajar agama
    wasalam

    Balas
  • 7. boecoer-sintinx  |  April 18, 2008 pukul 10:04 am

    maaf mas2 aku pernah di suruh mencari rahasia kandungan bismillahirrahmanirohim jikalau ada mbak or mas yang tahu akan makna yang tersirat dari kalimah basmallah mohon di urakaian karna saya memang tidak tahu dan sampai detik sekarang belum ketemu jawabanya….!

    wassalam

    Balas
  • 8. muhammad hafiz  |  Oktober 6, 2009 pukul 8:49 am

    saya plajr usuludin tahun 1 dan skarg sy blajr ilmu tasawuf akan tetapi sy sy masih x memahami ape itu ilmu taswuf dan ia berkaitan dgn ape
    dharap ustz dpt mnerangkanye scara terprinci
    skian terima kasih…………

    Balas
  • 9. Ferro Aviyanto  |  Oktober 8, 2009 pukul 1:53 pm

    Mohon dikoreksi bila pendapat saya ini salah Mas Safi’i akibat pemahaman saya yang dangkal. Menurut saya tasawuf itu adalah ilmu mengenal Alloh SWT, beribadah dengan menyertakan ruhaniah kita, sehingga dimensi ruhaniah kita dapat terhubung langsung dengan Alloh SWT. Mengingat Alloh di setiap kesempatan dalam ibadah serta dzikir merupakan keutamaan dari tasawuf. Karena ilmu tasawuf juga ilmu aqli artinya disini berlaku logika-logika akal manusia yaitu kalau ibadah kita berada pada dimensi ruhaniah yang sama dengan Alloh SWT maka tentunya kita dapat berhubungan dengan Alloh SWT. Ibarat gelombang radio, maka untuk dapat berkomunikasi dua arah tentunya diperlukan frekuensi yang sama. Intinya dengan tasawuf kita dapat mengenal Alloh SWT sebagai sang Khaliq. Ilmu tasawuf membimbing kita mengenal Alloh.

    Balas
  • 10. InniAkhafullah  |  November 3, 2009 pukul 1:55 pm

    Cintaku pada Tuhanku tidaklah sehebat ahli2 sufi seperti Rabiatul Adawiyah….aku tak mampu untuk menghasilkan puisi cinta sebagai luahan hatiku untukNya yang aku tahu…cukuplah Allah sahaja mengetahui ayat-ayat cintaku untukNya yang sekian lama terbuku dihati -maqaam@haal-

    Balas
  • 11. aein  |  Januari 14, 2010 pukul 7:20 am

    Mintak maaf ingin bertanya..kerana saya tidak mengetahui mendalam tentang ilmu tasawuf ini..
    kenapa dalam kebanyakan komen semua berdasarkan pertanyaan ari no 3. tidak bersetuju dengan cara ustaz yg mengajar di al azhar yang memaklumkankepadanya jodohnya dengan suami masih panjang?? jika ustazal azhar dapat melihat, bukankah itu tujuan dan cara yang baik kerana sekurang-kuranya boleh melambatkan proses penceraian beliau??

    Balas
  • 12. firdaus  |  Juli 24, 2010 pukul 2:26 am

    asalamualaikum, bolehkan ustaz beri pemahaman maksud bala/ujian dari segi tasawuf/sufi

    Balas
  • 13. al-ikhwan  |  September 16, 2010 pukul 8:34 am

    Ilmu tasawuf adalah ilmu pembersihan jiwa.Jiwa manusia perlu kembali keasalnya. jadi ilmu tasawuf perlu kita dalami kepada guru yang mursid, dan saya juga ingin mempelajari ilmu tasawuf yang lebih rinci. Dengan demikian saya mengharap kepada saudara2 berkenan kiranya memberikan pendapatnya lewat pesan ini. semoga Allah SWT selalu memberikan hidayahnya kepada kita semua . Amin……………………………………..

    Balas

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Maret 2007
S S R K J S M
« Agu   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 615,157 hits

RSS Umpan yang Tidak Diketahui

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

This website is worth
What is your website worth?
Add to Google

Syafii Photos

Wisuda nana

ahmad23

ahmad22

Lebih Banyak Foto

%d blogger menyukai ini: