Syarat Belajar Ilmu Tasawuf
Maret 30, 2007
Telah menyebut oleh Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a. dalam kitabnya “Kanzul Manan” sebagaimana berikut;Tiada patut mendengar bagi Ilmu ini (Thoriqat / Tasauf) melainkan bagi orang yang bersifat dengan empat sifat ini iaitu;
- Zahid dengan meninggalkan segala yang lebih daripada yang halal
- Ilmu Syariat yang membaikkan zhohirnya,
- Tawakkal dan
- Keyakinan kepada Allah dan Rasul
Inilah syarat-syarat utama yang perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin mengikut jalan atau thoriqat Ilmu Tasauf ini. Tegasnya bagi sesiapa yang ingin belajar atau menuntut ilmu ini, atau mendengar ilmu ini, membicara dan membahaskan ilmu ini, mereka hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan empat perkara tersebut. Tanpa salah satu atau mana-mana dari empat syarat-syarat yang tersebut itu, maka tidaklah patut bagi seseorang itu mendengar apatah lagi memperkatakan sesuatu mengenai Ilmu Tasauf ini.1. Zahid.
Adalah makna zahid ialah meninggalkan segala yang lebih-lebih daripada yang halal. Ini adalah kerana seorang yang Salik itu merupakan orang musafir kepada Tuhannya. Maka manakala jika ada sertanya sesuatu yang melebihi dari kadar keperluan dan hajatnya dalam perjalanannya, nescaya ianya akan menjadi penegah dan penghalang untuknya melangkahkan kaki. Ini adalah kerana Hadrat Haq Subhanahuwa Taala itu diharamkan masuk atas orang yang membawa di belakangnya sesuatu tanggungan(sangkutan keduniaan).
Dalam erti kata yang lain, hendaklah disucikan tangannya daripada mengambil sesuatu yang lebih daripada dunia dan disucikan hatinya daripada berhadap kepadaNya kerana adalah pada Hadrat yang Qudsi itu ditegahkan masuk orang yang penuh hatinya dengan Akdar dunia yang Masyiwallah(sesuatu selain daripada Allah) seperti kata Sheikh Ibni Athoillah As-Kandari;
- Bagaimana terang bercahaya hatinya sedangkan segala rupa Akuan(cita-cita dunia) termeteri pada muka cerminnya atau;
- Bagaimana ia suka berjalan kepada Allah Taala padahal tertambat dengan segala keinginan syahwatnya atau;
- Bagaimana ia loba masuk pada Hadrat Allah Taala sedangkan ia tiada bersuci dari segala junub kelalaiannya atau;
- Bagaimana ia harap hendak faham akan keindahan Asror atau rahsia-rahsia yang halus(yang dalam) pada hal ia tidak taubat daripada kesalahannya.
Antara alamat orang yang zahid ialah sebagaimana yang disebut dalam Kitab Sira Ssalikin di mana telah berkata Imam Ghazali;Adapun alamat Zahid itu tiga perkara iaitu;
- 1. Tiada ia suka dengan suatu yang ada kepadanya dan tiada dukacita di atas ketiadaan sesuatu padanya seperti firman Allah yang bermaksud; “Supaya tiada dukacita kamu atas sesuatu yang luput dan tiada suka dengan sesuatu yang datang kepada kamu”.
- 2. Bersamaan padanya orang yang memuji dan menghinanya.
2. IlmuYang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah Ilmu Syariat yang ruang lingkupnya bergantung dengan perkara-perkara yang membaikkan zhohirnya. Maka manakala tiada mengetahui oleh orang yang Salik ilmu-ilmu atau jalan untuk membaikkan zhohirnya nescaya tiadalah dapat ia mengetahui akan jalan untuk membaikkan batinnya. Ini adalah kerana orang yang tiada berhenti pada pintunya tiadalah masuk di dalam tempat perhentian ahbabnya(kekasihnya). Dengan kerana itulah, maka hiasilah olehmu wahai orang Salik dengan pakaian syariat dan berhiaslah dengan adab thoriqat, nescaya teranglah atasmu beberapa cahaya hakikat dan jadilah kamu ahli bagi Mukhotobah yakni berkhabar-khabaran dan ahli Musyawarah yakni orang yang berkhabar-khabaran pada malam dan dapatlah kamu akan lazat Mukhotobah. Ini adalah kerana untuk terbukanya sesuatu yang hakikat yang didapati dari Alam Ghaib, perlulah ada sesuatu Wirid atau amalan syariat yang sempurna.
Tersebut dalam bicara Kitab Hikam Ibni Athoillah As-Kanddari bahawa tidak akan ada Warid tanpa Wirid. Yang dimaksudkan dengan wirid ialah apa sahaja amalan zhohir atau batin yang dilakukan secara Istiqamah dan terhasilah
Warid Ilahiyyah iaitu pembukaan dan pencampakan Nur Ketuhanan yang membukakan sesuatu yang sebelum ini tertutup atau terhijab. Dengan terbukanya sesuatu rahsia di Alam Ghaib ini, maka terserlah bahagian-bahagian hakikat atau makrifat mengikut kadar yang diizinkan.
3. Tawakkal
Amat perlu bagi seorang Salik itu memakai pakaian tawakkal kerana Tawakkal itu ialah memadai dengan pengetahuan Allah pada mu daripada bergantung hati akan yang lain. Maka apabila engkau ketahui bahawasanya;
- Allah itu Tuhan Yang ‘Alim yakni yang mengetahui dengan segala hal kamu; lagi
- Allah itu Amat Kuasa atas memadakan(menjamin) akan segala hajatmu;
- lagi Allah itu terlebih kasih sayang bagimu lebih daripada kasih sayang ibu-bapamu malah melebihi akan kasih-sayangmu pada dirimu sendiri,
nescaya berhimpunlah hatimu itu atas Allah dan tiada berhadap dengan hatimu melainkan kepadaNya(Allah). Dan tiada engkau jatuhkan pandangan dan ingatan itu melainkan padanya(berhadap kepada Allah).Adalah tawakkal ini terlebih-lebih sangat dikehendaki oleh orang yang Salik itu pada perjalannnya melebihi sangat berkehendaknya seorang yang dahaga kepada air.
4. Yakin
Yakin ialah I’tiqad(pegangan) yang putus dengan barang yang mengkhabarkan oleh Allah dan RasulNya. Dengan keyakinan itulah ia akan berpegang kepada perkara yang sebenarnya dengan tiada syak pada Allah dan Rasul atas jalan putus sekira-kira gholib atas hatinya dan jadilah segala yang ghaib itu seperti dilihatnya. Maka diketahui dengan perasaannya bahawasanya Allah Taala tiada menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaNya. Maka tiada dijadikan akan segala pancainderanya melainkan kerana disuruh mengerjakan taat dengannya dan tiadalah dijadikan hati melainkan kerena tempat untuk berzikir(ingat/yakin) akan Dia dan supaya jangan hati itu tidak bimbangkan(cenderung dan kasih) dengan sesuatu yang lain selain daripada Allah.
Maka barangsiapa berhasil baginya yakin yang zauqi(rasa yang melenyapkan isyarat) atas jalan ini nescaya;
- mereka tiada akan memalingkan lidahnya melainkan di dalam zikir akan Dia dan
- tiadalah mereka memalingkan telinganya melainkan dengan mendengar kalam Allah dan kalam RasulNya dan kalam AuliyaNya dan kepada tiap-tiap sesuatu yang menyampaikan dia kepada TuhanNya dan
- tiada berpaling matanya melainkan pada barang yang memberi manfaat dan menunjuk akan dia kepada jalan Allah.
Dan demikianlah dikirakan(ditilik) dirinya pada tempat penerimaan segala nikmat yang memberi nikmat dengan dia oleh MaulaNya(Allah) hinggalah tercapailah ia akan Maqam orang yang Syaakirin iaitu orang yang memalingkan pandangannya bahawa sekelian nikmat yang diberikan Allah ke atasnya kepada sesuatu yang dijadikan untuk tujuan kembali kepada jalan Allah. Maka tatkala itu tercapailah ia akan bertambah pemberianNya seperti maksud Allah Taala (Walai in syakar tum laiziidannakum).“Dan apabila kamu bersyukur, pasti Allah menambahnya”Bermula Maqam yakin itu ialah diketahui oleh seseorang bahawa Allah Taala melihat atas tiap-tiap waktu dan ketika seperti kata Sheikh Abi Madyan r.a
Bermula Haq Taala itu melihat atas segala rahsia hambaNya dan zhohirnya pada tiap-tiap nafas dan tiap-tiap hal(kelakuannya). Maka di mana ada hati melihat akan Dia(Allah) hal keadaannya memberi bekas akan TuhanNya daripada yang lain, nescaya dipeliharakan akan dia daripada kedatangan percubaan dan daripada fitnah yang menyesatkan dia daripada memandang yang lain daripada Allah.
Inilah hikmah atau edaran(pusingan) Ahli Sufiah iaitu Maqam Muroqobah dan Maqam Ihsan iaitu mengetahui bahawasnya Allah Taala melihat ia pada sekelian ketikanya dan mengetahui pula Allah Taala akan barang yang di dalam dirinya . Maka jadilah ia;
- bersamaan pada zhohir dan batinnya dan
- bersamaan pada khulwatnya(sendirian) dan jalwahnya (di dalam tengah orang ramai) bersamaan padanya zhohir.
Maka tiada dilihat dalam segala kelakuannya itu melainkan MaulaNya(Allah) dan tiada berhadap pada menyampaikan hajatnya melainkan kepadaNya. Dan hasillah daripada Sheikh Abi Madyan r.a;Bahawasanya pati jalan untuk sampai kepada Allah itu bahawa mengetahui orang yang Salik akan bahawasnya Allah Taala itu Tuhan Yang Melihat atas segala rahsianya dan zhohirnya pada tiap-tiap nafas dan tiap-tiap kelakuannya.
Petikan dari Kitab “Kanzul Manan” ‘ala Hikam Abi Madyan r.a
Entry Filed under: Tasawuf. .
22 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed






1.
muhammad zehan fahlevi | Mei 28, 2007 at 8:34 am
ingin belAjar jadi orang alim dan ingin jadi orang ahli sufi & jadi
orang ahli tasaufamiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin mudah -mufahan allah berikan
yang terbaik bagiku
2.
M. Arif Budiman | Juni 14, 2007 at 3:46 am
proses dan tujuan dari ilmu tasawuf sendiri bagaimana ya??
3.
Syafii | Juni 17, 2007 at 1:41 am
Tasawuf ialah bentuk kebajikan spiritual dalam Islam yang dikemas dengan filsafat, pemikiran, ilmu pengetahuan dan disiplin kerohanian tertentu berdasarkan syariat Islam. Jalan-jalan kerohanian dalam ilmu tasawuf dikembangkan dengan tujuan membawa seorang sufi menuju pencerahan batin atau persatuan rahasia dengan Yang Satu. Jadi tasawuf sebenarnya adalah metode yang dianut dan diyakini oleh kelompok yang bernama “Sufi” dalam memahami, menjalankan dan penelusuran rohani dari agama Islam. Maka, tasawuf pada hakekatnya bukanlah suatu ibadah atau hukum yang mempunyai dalil dalam struktur agama Islam. Tasawuf lebih merupakan cara memahami dan menghayati agama, sebagaimana cara dan metode yang dilakukan oleh kelompok lain dalam Islam.
4.
sidhi | Agustus 28, 2007 at 4:57 am
Bisa gak artikel ini diterjemahkan ke bhs Indonesia (bukan malaysia/melayu), biar lebih jelas pemahamannya. Thx infonya.
5.
Lukluk | Oktober 6, 2007 at 4:10 am
sebuah perkara yang tidak mudah untuk dapat mencapai suatu kenikmatan bercinta dengan yang Maha Tinggi. dalam pikiran manusia masih didominasi oleh kepentingan-kepentingan dunia dan keprasahan manusia pada hawa nafsu…
6.
umar | November 5, 2007 at 4:41 pm
Kata Tassawuf sekali pun tidak pernah disebut di dalam Al Qur’an dan Hadits yang sahih. Bukankah jika Tassawuf itu begitu penting dalam Islam tentu Allah dan Rasulnya akan memerintahkan manusia untuk belajar Tassawuf? Tidak mungkin Nabi yang bersifat “Baligh” (menyampaikan) menyembunyikan perintah Allah bukan?
Sebaliknya Nabi berkata bahwa setiap hal yang baru/diada-adakan (di bidang agama) adalah bid’ah dan sesat:
“Sesungguhnya perkataan yang paling baik adalah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ,dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang baru dan setiap bid’ah adalah tersesat” ( H.R Muslim ) .
Allah mengatakan agama Islam sudah sempurna. Jadi tak perlu lagi ditambah bid’ah seperti Tassawuf:
“…Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu….” [Al Maa-idah:3]
Wallahu alam bis showab
7.
Hamba Allah | Januari 7, 2008 at 3:55 pm
Jangan cepat melatah….ingatlah…
Bukankah Perkataan FEQAH pun tiada dizaman rasullullah,
Tetapi sangat banyak dipelajari masakini…
Darimana datangnya ????
Pun begitu ….Begitulah juga Dengan TASAWUF…
Jika anda ingat anda Pandai…Ada lagi Yang lebih Pandai..
Jika ingat anda Alim..
Ada lagi yang lebih alim.
8.
Nor izzudin b abd rahim | Februari 11, 2008 at 5:37 pm
Nak mendalami ilmu tasawuf mcmn..?
9.
hamba allah yang sserba kekurangan | Mei 29, 2008 at 12:48 pm
ingatlah ajaran tasawuf ni sebenarnya lebih menjuruskan kepada membentuk akhlak yang baik.memang zaman rasululah dahulu tiada perkataan tasawuf kerana tasawuf itu adalah perkataan bukannya ilmu.apa yang terkandung di dalam tasawuf itu barulah ilmu.kalau nak diikutkan , belajar matematik pun x bleh bid’ah je sume tu sebab dalam al quran x sebut pun kene belajar matematik.lagi satu yang kita gunakan ni komputer ni pun x bleh bid’ah ni sebabnya rasulullah dulu mane ade gune komputer ke internet ke.lagi sat uhal jangan kite naik moto x pun kerete bid;ah sume tu sbb rasullah dulu naik kuda je x pun naik unta bleh buat cam tu. kalau x tahu pasal sesuatu itu lebih baik diam jangan memandai krn ulamak pernah menyebut ORANG YANG BERFEQAH TANPA TASAWUF TU FASIK DAN ORANG YANG BERTASAWUF TANPA FEQAH TU ZINDIK ………….. ingat jangan cepat membuat sesuatu hukum kerana hukum tu hanya ALLAH shj yg brhak keatasnya.lebih baik kite ni belajar mengenal diri.sape kite ni apa tujuan kite diturunkan ke bumi ke alam syahadah ini . jgn cepatbermegah dengan lmu yang sedikit yg ada pd diri bg aku org yg berkata tasawuf ni bid’ah atau sesat org tu sebenarnya tak faham apa yang dibacanya dlm al quran.malah dia tak faham apa itu al quran.krana isi yang diceritakan al quran tu byk berkaitan dengan tasawuf ……..x caya sila dalami isi al quran . tapiu mule mule kene tahu dulu apa yangh dikatakan dengan ilmu tasawuf dan tariqah
10.
nazarudin | Juli 18, 2008 at 11:07 am
saya berminat dengan ilmu tasawuf / tariqat…tetapi setiap ilmu mesti ada guru supaya kita tidak di sesatkan oleh syaitan…
tetapi di mana gurunya kalau sekadar membaca / menkaji daripa mana – mana bahan….kalau keiklasan ada untuk tok guru yang boleh memberikan ilmu…di manakah dia….
sekian wassalam…
11.
muhammad amin | Juni 22, 2009 at 4:28 am
assalamu’alaikum,saye nak belajar tentang tasawuf secare mendalam…tapi tak ade guru yang membimbing..mohon sarannye…
12.
nasoha | Juli 13, 2009 at 11:31 am
saya dh lame nk blajar ilmu tasawuf,harap ade guru yg sudi tlg sy
13.
Mizan | Juli 20, 2009 at 7:28 pm
asalamualaikum..
nk tanye,
camne nak jaga amalan zikir tarikat ye???
asyik lupe je…klau ingat bru bca,bila dh lupe hilang sume..
14.
hamba | Agustus 15, 2009 at 8:44 am
sy cukup setuju gan hamba Allah
15.
hamba | Agustus 15, 2009 at 8:55 am
meseg ni sy tuju pd umar….umar!! agama2 i2 apa gak????apa yg mu phm???? setiap org ada roh n jasad, jd nk didik roh n jasad guna agama kan… pd jasad blh la sbb kita nmpak tp roh mcmne???fikir2kan lah umar…kita hidup nk baiki 2 eleman 2 utk sampai pada Allah…
16.
agussalim | September 6, 2009 at 4:27 pm
banyak org yg tdk tahu arti tasawuf dan mengatakan sesat sebenar nya itu cuma kata istilah sebenar nya ilmu tasawuf itu adalah ajaran nabi yg batin sedang kan sariat adalah ajaran nabi yg lahir /zahir sebenar nya ajaran ini mengungkap tentang ahlak seseorang.sekalipun sholat seseorang tdk ketinggalan 5 waktu kalau ahlak nya tdk benar maka sia2
17.
agussalim | September 6, 2009 at 4:36 pm
ada pun ilmu simpun nya adlah kalimat bismillah hirahmani rahim tapi bukan bacaan nya tapi kelakuan nya/isinya yaitu rahman rahim pengasih dan penyayang.pengasih bagi mahluk pennyang bagi allah intinya:memberi secara diam kepada sesama mahluk/memberi nmakan bagi org yg tdk mampu tampa sepengetahuan orang lain maupun yang di beri makan
18.
badai 002 | Oktober 2, 2009 at 10:31 am
tasauf adalah jalan menuju hati yang bersih,
sebelum kita melangkah jauh mengenal ilmu tasauf, kenanilah akan kenyataan eksistensi diri yang sebenarnya.
bersihkan hati ini dari sifat buruk sangka, menghasut, dengki, dan penyakit hati lain nya… karena memdalami ilmu tasauf sifat kita harus selaras dengan akhlakul karimah?? wassalm,,
19.
Preman Kristen | Oktober 19, 2009 at 1:25 pm
Wahai Ahli Tasawuf… Tolong donk gue bingung kenapa ya ? di Alqur’an dan HAdist Isa Almasih mendapat kedudukan Yang Istimewa dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW dan NAbi-nabi yang lain…Kenapa ya ? orang Islam menolak keilahian Isa Almasih ?
ANEH BIN AJAIB
Petunjuk-petunjuk Al Quran dan Hadis agar manusia dapat mencapai Syurga
1. Isa AS ialah jalan yang lurus yang patut diikuti “Wa innahu la’ilmu lis saa’ati fa laa tamtarunna bihaa wa tabi’unni haadzaa shiraathum mustaqiim…”Dan sesungguhnya Isa itu benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat kerana itu janganlah kamu ragu tentang hari kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus …(Az Zukhruf, 43:61)
2. Isa AS pembawa keterangan dan patut ditaati “Wa lammaa jaa-a ‘Isa bil bayyinaati qaala qad ji’tukum bil hikmati wa li ubayina lakum ba’dhal ladzii tathtalifuuna fiihi fat taqullaaha wa athii’u…”Dan tatkala Isa datang membawa keterangan. Dia berkata sesungguhnya Aku datang membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian yang apa kamu perselisihkan tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaKu…(Az Zukhruf, 43:63)
3. Isa AS mengatakan perkataan yang benar “Dzaalika ‘isabnu Maryama qaulal haqqil ladzil fiihi yamtaruum…”Itulah Isa putra Maryam yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenaranNya…(Maryam, 19:34)
4. Isa AS itu utusan Allah dan FirmanNya “Inamal Masihu ‘isabnu Maryama rasullahi wa kalimatuhu …”Sesungguhnya Isa Al Masih putra Maryam itu utusan Allah dan FirmanNya…(An Nisa, 4:171)
5. Isa AS adalah Roh Allah dan KalimatNya “Isa faa innahu Rohullah wa kalimatuhu…”Isa itu sesungguhNya Roh Allah dan FirmanNya(Hadis Anas bin Malik hal.72)
6. Isa AS adalah Roh Allah yang menjelma menjadi Manusia yang sempurna “… arsalnaa ilaihaa ruuhanaa fa tamatstsala lahaa basyaran sawiyya.”…Kami mengutus Roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya menjadi Manusia yang sempurna…(Maryam, 19:17)
7. Isa AS adalah satu-satunya Imam MAHDI “Laa mahdia illa isabnu Maryama…”Tidak ada Imam MAHDI selain Isa putra Maryam…(Hadis Ibnu Majah)
8. Isa AS dilahirkan bukan dari bapa Insani, tetapi dari Roh Allah “Wallatii ahshanat farjahaa fa nafakhnaa fiihaa mir ruuhinaa Wa ja’alnaahaa wabnahaa ayatal lil ‘aalamiin”Ingatlah kisah seorang perempuan yang memelihara kehormatannya (Maryam) lalu Kami tiupkan kepadanya Roh Kami (Roh Allah) dan Kami jadikan dia dan Anaknya tanda (kuasa Allah) bagi semesta alam.(Al Anbiyaa, 21:91)
9. Isa AS lahir, mati dan dihidupkan kembali “Wa salaamu ‘alayya yauma wulittu, wa yauma amuutu, wa yauma ub’atsu hayaa.”Dan sejahtera atasNya pada hari Dia dilahirkan, pada hari Dia wafat, dan pada hari Dia dibangkitkan hidup kembali.”(Maryam, 19:33)
10. Isa AS mati, diangkat dan pengikutNya dipilih atas orang kafir “Idz qaalallahu yaa Isa, innii mutawafiika, wa raafi’uka ilayya, wa muthahhiruka minal ladzinaa kafaruu, wa jaa’ilul ladzina tabauka fauqal ladzina kafaruu ilaa yaumil qiyamati.”Ingatlah tatkala Allah berfirman; Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkanMu, dan mengangkatMu depadaKu, dan akan menyucikan Engkau dari orang-orang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutiMu diatas mereka yang kafir hingga hari kiamat.”(Al Imran, 3:55)
11. Isa AS menyembuhkan orang buta sejak lahir “Wa ubriul akmaha, wal abrasha, wa uhyil mautaa bi idznillah.”Dan Aku menyembuhkan orang bita sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak, dan Aku sanggup menghidupkan orang mati dengan seizin Allah.(Al Imran, 3:49)
12. Isa As menghidupkan orang mati “… wa idz tuhuriijul mautaa biidzni…”… dan diwaktu Kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan izin Ku…(Al-Maidah, 5:110)
13. Isa AS diberi mujizat dan Roh Kudus “Wa aatainaa ‘isabna Maryam bayyinaati wa ayyadnaahu bi ruuhil qudusi.”Dan Kami berikan kepada Isa putra Maryam, beberapa mujizat serta Kami perkuat Dia dengan Roh Kudus.(Al Baqarah, 2:253)
14. Kafirlah orang yang menolak Isa AS “Wa bi kufrihim wa qaulihim ‘alaa Maryama buhtaanan ‘azhiimaa.”Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zinah).(An Nisa, 4:156)
15. Isa AS akan diimani oleh semua ahli kitab “Wa im min ahlil kitaabi illa la yu’minanna bihi qabla mauthihiiwa yaumal qiyaamati yakunnu ‘alaihim syahiidaa.”Dan tidak seorangpun dari ahli kitab melainkan akan beriman kepada Isa sebelum matiNya, dan pada hari kiamat. Dia menjadi Saksi terhadap mereka.(An Nisa, 4:159)
16. Tidak menurut Taurat dan Injil, maka tidak dipandang beragama “Qui yaa ahlal kitaabi lastum ‘alaa syai-in hattaa tukimut tauraata wal injiila wa maa unzila ilaikum mir rabbkum”Katakanlah: “Hai ahli kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran ajaran Taurat, Injil dan apa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.(Al Maidah, 5:68)
17. Al Quran induk dari Taurat dan Injil “Wa innahu fii ummil kitaabi ladainaa ia ‘aliyyuna hakiim.”Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam induk Alkitab, di sisi Kami adalah tinggi dan penuh hikmat.(Az Zukhruf, 43:4)
18. Isa AS berkuasa/terkemuka di dunia dan di akhirat “Idz qalatil malaikatu yaa Maryama innallaaha yubasyiruki bi kalimatim minhus muhul masihu ‘isabnu Maryama wajihan fiddun-yaa wal akhirati wa minal muqarrabiin.”Ketika malaikat berkata, hai Maryam sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan Kalimah daripadaNya namannya Al Masih putra Maryam, terkemuka di dunia dan di akhirat dan orang yang paling dekat pada Allah.(Al Imran, 3:45)
Coba donk Jelasin menurut PAndangan Islam…
Gimana ?
20.
FakirMiskin | November 16, 2009 at 4:39 pm
sep.. tasawuf ok bgd..
21.
nurlaela | Desember 20, 2009 at 7:26 am
apakah tasawuf bisa diterapkan dalam kehidupan masa sekarang???
dan metode apa yang harus dilakukan oleh seorang calon sufi/suluk dalam upaya pendekatan kepada Allah
22.
nurlaela | Desember 20, 2009 at 7:28 am
metode apa yang harus ditempuh bagi seorang calon suluk/sufi dalam pendekatan kepada Allah???
dan apakah tasawuf bisa diterapkan pada masa sekarang ini